Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar dan berdasarkan pekelliling yang sedang berkuatkuasa..
- Bertanggungjawab dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah dan kantin sekolah.
- Membantu dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
- Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM
Pembangunan Diri Pelajar.
Disiplin
- Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai–nilai murni.
- Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan serta mematuhi pekeliling disiplin yang masih berkuatkuasa.
- Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
- Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku.
- Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar-SSDM
- Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.
Program Perlindungan Pelajar.
- Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Kesihatan
- Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
- Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
- Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
- Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks
- Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
- Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
- Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Pengurusan
- Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
- Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
- Menguruskan pertukaran pelajar.
- Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
- Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
- Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
- Membantu merancang takwim sekolah.
Ko-Kurikulum
Sukan dan Permainan
- Membantu merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada semua peringkat.
- Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
Kelab / Persatuan
- Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
Unit Beruniform
- Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di peringkat sekolah.
Pembangunan Organisasi
- Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.
- Membantu merancang kursus / latihan dalam perkhidmatan.
Pembangunan Kendiri
- Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
- Menghadiri seminar, kursus dan bengkel
- Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
- Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.