Berilmu Hidup Berjaya
Waktu Dunia
Sekalung Ucapan Guru Besar-Noor Azhar Mansor
Assalamualaikum w.b.t, Salam
Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada unit ICT kerana berjaya menghasilkan laman sesawang ini. Ucapan terima kasih juga kerana diberi peluang berbicara sepatah dua kata diruang siber ini.
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web ini. Sebagai warga SKPK, kami merasa bangga di atas kunjungan tuan / puan ke website ini. Seperti semua sedia maklum kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan penyaluran maklumat dengan pantas untuk pengetahuan semua.
Laman ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat untuk mengetahui perkembangan terkini tentang program atau laporan aktiviti yang dijalankan di sekolah dari semasa ke semasa.
Pendidikan bukan lagi satu keperluan tetapi merupakan cabaran kepada semua dengan kepesatan pembangunan teknologi terutama ICT, maka adalah disaran khasnya guru supaya tidak ketinggalan dan tenggelam dalam arus kemajuan ITC ini. Oleh itu, setiap guru seharusnya mempunyai kemahiran dan sentiasa menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam meneroka bidang ilmu tanpa sempadan ini. Semoga laman ini juga menjadi perintis serta pemangkin perubahan kepada guru-guru SK Paya Keladi untuk terus berinovasi bagi melahirkan idea dan bahan yang selari dengan kehendak terkini.
Semoga maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat dijadikan jendela ilmu bagi memenuhi keperluan semua, terutama guru murid dan para ibu bapa. Laman web ini mempunyai pelbagai maklumat dan bahan, berita atau info yang boleh dibaca dan boleh dikongsi bersama.
Akhir kata, saya berharap laman web SK Paya Keladi ini dapat memberikan maklumat yang terkini dan berfaedah kepada semua individu yang mengunjunginya.
Sekian, terima kasih
Ikhlas Dari,
Noor Azhar b Mansor
Guru Besar SKPK